/>

Saturday, 27 February 2016

Kecantikan Bermula Dari Hati

Kecantikan Bermula Dari Hati - Assalammualaikum, salam sejahtera, ini adalah post pertama dari haniz, berkaitan tentang kecantikan, kita semua dilahirkan dengan wajah yang bersih dan cantik, kecantikan sebenar adalah datang dari diri kita sendiri, Kenapa masih ada yang memperkatakan kecantikan adalah dari hasil solekan tapi sebenar adalah silap, ( maafkan kita, kerana itu adalah pendapat )Kecantikan adalah datang dari kita sendiri. 

Adakah hati kita cantik? pernah kita bertanya pada diri kita? adakah kita cantik dari semua wanita yang ada? sebenarnya kecantikan adalah pada asalnya bermula dari hati, tapi nak tahu cantik luaran atau tidak adalah baru di pilih berdasarkan penampilan. 

Kecantikan Bermula Dari Dalam 

sumber google

Kecantikan dalaman adalah kita sendiri yang menentukan, wajah yang bersih semuanya memerlukan penjagaan bukan luaran sahaja tapi dalaman semata. Seandainya kita, mengamalkan kecantikan luaran tapi tidak mengamalkan yang dalaman, adakah dah cukup cantik buat kita? 

Tips Kecantikan Yang wajib di Amalkan


Pengambilan minuman mineral 8 gelas sehari, dapat mencantikkan kulit, selain itu dapat membuang toksin-toksin yang ada dalam badan kita, kita yakin ramai yang mengamalkan sehingga harini, Beberapa sahabat hanez yang mengamalkan selama 1 bulan, disamping kita menjaga amalan pemakanan, dapat menjadikan kulit semakin mulus, tanpa memakai sebarang produk pemutihan. 


Bagi yang beragama islam, amat kita titik beratkan pengamalan pembersihan dari hati, mengamalkan pembacaan al-quran dapat melembutkan dan membuat wajah kita menjadi lebih bercahaya, bukannya apa, tips ini penting jika kita ingin kelihatan cantik dan menarik, bersihkan hati dan jiwa itu paling penting. 

*Bagi yang bukan beragama islam, kita sarankan kita muhasabah diri, dan sentiasa bersihkan jiwa agar hati semakin mulus dan suci, disamping orang melihat wajah kita dengan penuh keyakinan dan semangat, 

Perkongsia harini adalah pertama dilakukan untuk, semuanya bermula dari hati dan bukat nafsu semata-mata, berhabis ribuan ringgit tapi dua perkara diatas tidak kita mengamalkan pun tiada gunanya. Selamat mencuba! 


No comments:

Post a Comment